Malaysia Dateline

Pemandu Myvi cuba lari selepas langgar ‘rider’, buat provokasi punca kereta diterbalikkan

Lewat malam semalam, tular beberapa rakaman video menunjukkan sekumpulan pemuda memecahkan cermin kereta Perodua Myvi sebelum kereta itu diterbalikkan.

Menurut saksi, kejadian bermula apabila pemandu kereta Myvi bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2.

Pemandu berkenaan dikatakan tidak berhenti dan terus mengambil selekoh, sebelum bertembung dengan seorang penghantar makanan hingga penunggangnya patah kaki.

Kenderaan tersebut bagaimanapun enggan berhenti dan mula mencari jalan lain untuk memboloskan diri.

“Kedua-dua kenderaan gagal mengelak menyebabkan mereka bertembung. Akibat itu, penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan mengalami kecederaan patah kaki.

“Pemandu itu cuba melarikan diri tetapi laluan terhalang menyebabkan dia memasuki stesen minyak berhampiran, sebelum dia dikerumuni orang ramai,” kata saksi mahu dikenali sebagai Akmal ketika ditemui pemberita semalam.

Namun Akmal memberitahu, ketika pemandu berkenaan sedang dikerumuni orang ramai, pasukan polis peronda tiba lalu membawa masuk pemandu kereta itu ke dalam kereta peronda polis dipercayai untuk memastikan keselamatannya.

Justeru itu, pemandu tersebut bertindak berani membuat provokasi dengan mengejek orang ramai menyebabkan mereka berasa geram dan marah.

“Apabila berada dalam kereta peronda polis, pemandu terbabit bertindak mengejek orang ramai menyebabkan ada antaranya berasa geram dan marah.

“Itu punca segelintir pihak bertindak memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan menggunakan topi keledar sebelum beberapa individu lain menterbalikkan kereta itu,” katanya.

Baca juga: Selepas bersalin jangan duduk sahaja, Dr Amalina nasihat ibu mengandung amal jalan perlahan

Baca juga: Panik anak hilang padahal ibu sibuk berborak di rumah jiran, orang yang selamatkan pula dituduh menculik