Pemandu rentung terbakar selepas kereta terbabas

Pemandu rentung terbakar selepas kereta terbabas

Seorang lelaki ditemui rentung selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh rumah kedai di Jalan Kapitan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 12.15 tengah malam ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Sikamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris berkata pihaknya yang memadam kebakaran menemui lelaki berkenaan dalam keadaan 80 peratus rentung.

Beliau berkata pihak bomba belum mengenal pasti identiti mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, katanya.

TAGS