Pemandu teksi mahu polis ambil tindakan terhadap rebel Umno Syed Rosli

Pemandu teksi mahu polis ambil tindakan terhadap rebel Umno Syed Rosli

Zailani Isausuludin

Persatuan Persepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa,Limo Executive Jiwa Malaysia ( Perjiwa Malaysia) membuat laporan polis terhadap Syed Rosli Syed Harman Jamalullail kerana memuat naik kenyataan yang menghina pemandu teksi.

Presidennya Zailani Isausuludin berkata, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka itu telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap menguris hati seluruh pemandu teksi di negara ini.

“Kenyataan Syed Rosli amat menguris hati dan perasaan seluruh pemandu teksi di negara ini.

“Pihak saya merayu tindakan tegas oleh polis terhadap beliau,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Syed Rosli didakwa telah memuat naik satu kenyataan yang disifatkan telah menghina pemandu teksi iaitu: “..apa lagi yang anjing-anjing drebar teksi ini nak? Dah lah rakyat tolak kamu, Bangla pun tak nak kamu tahu? Kah Kah Kah memang sial keturuan drebar teksi ini.”

Status yang dimuat naik di laman facebook itu kemudian menjadi tular di media sosial termasuk di dalam grup whatapp di kalangan pemandu-pemandu teksi.

Laporan itu telah di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang turut dinamakani seramai 21 orang ahli Perjiwa Malaysia.

Menurut Zailani lagi, pihaknya cuba berhubung dengan Syed Rosli untuk mendapatkan penjelasan daripadanya tetapi panggilan mereka tidak dilayan sebelum mengambil keputuan membuat laporan polis.

“Perkara (kenyataan itu) yang berlaku amat merbahaya kerana boleh membangkitkan kemarahan dan mendatakan mudarat awam,” ujarnya lagi.

CATEGORIES