Pemandu teksi mengadu semakin tertekan

Pemandu teksi mengadu semakin tertekan

“Kami rasa semakin tertekan dengan keadaan hari ini yang semuanya begitu mencengkam. Kos sara hidup semakin tinggi dan permintaan teksi semakin kurang sekarang,” keluh seorang pemandu teksi.

Keluhan itu disuarakan kepada Timbalan Presiden Parti AMANAH Negara, Haji Salahuddin Ayub yang membuat lawatan ke pasaraya A Mart di Tampoi, Johor baru-baru ini.

Keluhan tersebut mendapat perhatian Salahuddin Ayub yang mendapati apa yang ditekankan oleh pemandu teksi berkenaan adalah soal kos sara hidup yang semakin menekan, selain pendapatan yang kecil.

“Ini adalah masalah yang dialami oleh pemandu teksi di Malaysia,” kata pemandu teksi yang dikenali sebagai Pak Long, yang juga turut soal persaingan yang semakin sengit serta tiadanya dibantuan daripada mana-mana pihak berhubung nasib pemandu teksi.

Pada masa yang sama, Pak Long turut memaklumkan kepada Salahuddin Ayub berkenaan pembayaran sewa kereta bulanannya yang tertangguh selama dua bulan.

Selain Pak Long, pemandu teksi yang lain turut mencelah, mengadu kepada Salahuddin bahawa pada masa sekarang untuk mendapat pendapatan sebanyak RM 100 memakan masa tiga hari.

Sebelum ini pemandu teksi boleh mendapat pendapatan sebanyak RM 100 sehari namun perkara itu sudah menjadi suatu yang mustahil, katanya.

Selain itu, ada pemandu yang mendesak supaya kerajaan agar prihatin tentang nasib pemandu teksi bukan sahaja di Johor malah di seluruh di Malaysia.

Salahuddin dalam responsnya memaklumkan bahawa keluhan yang dilontarkan secara spontan kepada beliau itu akan diperhalusi sekiranya Pakatan Harapan (PH) dapat memerintah negeri dan negara ini pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

CATEGORIES