Pemansuhan Sosma masih dalam kajian, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri

Pemansuhan Sosma masih dalam kajian, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri

Datuk Azis Jamman

Pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) masih lagi di peringkat kajian kerana pemansuhannya akan membawa kesan kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab menangani jenayah dan ancaman keselamatan lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata kerajaan masih mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa, badan kehakiman dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

“Pemansuhan ini melibatkan banyak pihak dan pandangan oleh semua perlu dilihat kerana melalui akta ini, pihak berkuasa dilindungi dan mereka dapat melaksanakan tugas mereka dalam menangani jenayah.

“Ia agak merugikan jika tiada protection (perlindungan)…Ada pelbagai kes jenayah berat seperti kegiatan pengganas yang memerlukan penggunaan akta ini.

“Akta Sosma ini baik dan juga signifikan. Akan tetapi, apa yang dibimbangkan, akta ini juga boleh disalahgunakan bagi tujuan politik,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN (DGICM) ke-22 di Hotel Royale Chulan, hari ini lapor Bernama.

Turut hadir, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali.

Pada 22 Julai, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya Sosma.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote