Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline

Pembangkang tolak usul wajib isytihar harta

MALAYSIADATELINEJuly 1, 2019 5:51 pm




Pembangkang hari ini menolak usul mewajibkan semua ahli Parlimen dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana ia menyimpang daripada biasa dan tidak akan berkesan.

Sambil merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Ariff Yusof, Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata sekiranya usul itu diluluskan pun, Dewan Rakyat tiada kuasa untuk menghukum mana-mana wakil rakyat.

“Kita agak malu jika kerajaan meneruskan perkara ini,” katanya seperti dipetik FMT hari ini.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-Santubong) berkata pembentangan usul itu tidak mengikut garis panduan dan kaedah yang betul.

Beliau menjelaskan sepatutnya usul itu diberikan kepada peguam negara untuk dirangka, kemudian diberikan kepada kepada wakil rakyat untuk diteliti, dan kemudian baru ia dibentangkan.

“Saya nak tanya di mana landangan undang-undang dan kuasa kita nak buat usul ini? Sebagai contoh, jika seseorang itu ahli perniagaan, hari ini isytihar dan esok ada pendapatan lebih, nak isytihar balik?”

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata gabungannya tidak menolak hasrat kerajaan, tetapi tertanya kenapa ia tidak membentangkan usul meminda rang undang-undang SPRM.

“Bukan soal setuju atau tidak setuju, soalnya tidak kena. Kenapa tidak bawa satu pindaan pada RUU SPRM?” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin mempersoalkan apakah tindakan yang diambil kerajaan melalui SPRM terhadap “pengisytihar harta yang luar biasa” dalam kalangan 152 ahli Parlimen yang dipamerkan di laman badan anti-rasuah itu.

“Sebagai contoh, Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun), pendapatan RM105,000, dia punya jumlah harta, RM25 juta. Apa tindakan telah diambil? Begitu juga Mustapa Mohamed (PH-Jeli), jumlah pendapatan RM57,000 sebulan, aset RM5 juta. Adakah ianya disiasat?” katanya.

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata kerajaan nampaknya tergesa-gesa dalam perkara ini hingga menggunakan pendekatan yang salah.

“Kalau nak buat, gigit betul-betul, tidak payah manja-manja,” katanya. “Niat itu baik tapi cara salah, sebab itu kami tolak.”

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production