Malaysia Dateline

Pembangunan belia, antara pencapaian setahun Syarikat Milik Kerajaan di Melaka

Pembangunan belia terus diberi penekanan disamping mempertingkat dan memperkasa golongan muda merupakan perkara utama yang diberi perhatian oleh Syarikat Milik Kerajaan (GLC) di Negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka International Bowling Centre (MIBC), Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata, MIBC merupakan salah satu syarikat GLC yang telah menumpu kepada insentif membangunkan belia melalui pembangunan sukan.

Katanya, MIBC telah menubuhkan satu akademi boling dan telah membantu sebahagian besar daripada atlet Melaka untuk bertanding diperingkat antarabangsa.

“Tanpa mengenepikan kepentingan pihak-pihak yang lain terutama warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), dan golongan yang memerlukan yang lain, kita lihat belia adalah permata masa depan untuk negara.

“Warga belia ini adalah satu golongan yang mana potensi mereka perlu di gilap kerana mereka lah yang akan memimpin negeri dan juga negara kita nanti. Kita mengembangkan lagi bakat mereka terutama dari sudut sukan boling kerana kita nampak keterdesakan permintaan ke arah itu.

“Kerana itu kita rasa penting untuk diperingkat kerajaan negeri melalui GLC terlibat secara langsung membina warga belia ini supaya seawal umur persekolahan, mereka telah melalui satu laluan ataupun program untuk mereka mengembangkan bakat yang ada,” katanya ketika program Selamat Pagi Malaysia dalam segmen Peduli Netizen , Setahun Kejayaan GLC di Melaka.

Sementara itu, katanya, antara kejayaan lain yang dilaksanakan GLC adalah usaha kerajaan negeri Melaka mengumumkan pembinaan rumah belia sebagai salah satu insentif awal untuk sediakan rumah untuk golongan belia.

Jelasnya, apabila Melaka mengumumkan untuk membina Rumah Belia Melaka (RBM), pada fasa pertama kerajaan membina sekitar lwbih 100 pembinaan rumah mampu milik.

Jelasnya, kebanyakannya anak syarikat dan pihak korporat telah terlibat secara langsung termasuk di peringkat MIBC sendiri untuk membantu dari sudut prasarana dan pembangunan belia di bawah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Sepanjang setahun ini kita kenalpasti beberapa potensi yang boleh dikembangkan kerana Melaka ini sebuah negeri yang tak terlalu besar dan anak syarikat adalah aset kepada kerajaan negeri Melaka.

“Pembangunan sektor sukan dan perumahan mampu milik untuk golongan belia adalah sebahagian daripada elemen penting untuk program yang sudah di jana diperingkat negeri Melaka,”ujarnya.