Pembangunan semula Sungai Baru, Kg Bharu: Jawapan kepada kenyataan Menteri Wilayah, PKB

Oleh ARIF ATAN

Saya telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dan mendapati kedua-dua kenyataan tersebut adalah amat sangat mengelirukan dan berat berpihak kepada pemaju.

Sikap yang tidak profesional turut ditunjukkan apabila kenyataan tersebut turut membidas keterlibatan saya dalam isu ini dengan menuduh ianya adalah atas “kepentingan diri” dengan “menular satu fakta yang tidak tepat dan bersifat remeh”.

Saya ingin jelaskan bahawa saya dijemput untuk terlibat oleh sebahagian pemilik, khususnya pemilik rumah teres apabila mereka merasakan diri mereka teraniaya dan hak mereka tidak dibela oleh Menteri Wilayah dan juga PKB.

Baca Artikel Penuh