Malaysia Dateline

Pembatalan Ordinan Darurat tidak dimaklum dalam warta kerajaan

Pengumuman mengejutkan oleh Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan sejak 21 Julai lalu bagaimanapun di dalam warta kerajaan tidak ada pemberitahuan pembatalan peraturan tersebut.

Peguam Syahredzan Johan dalam ciapannya menunjukkan jadual warta kerajaan itu tidak ada pemberitahuan bahawa Ordinan Darurat dibatalkan sepertimana diumumkan Takiyuddin Hassan.

Tiada pemakluman Ordinan Darurat dibatalkan

Di Dewan Rakyat hari ini sebilangan anggota parlimen pembangkang mengatakan peraturan darurat harus dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana yang dikehendaki oleh Fasal 150 (3).

Setelah banyak tunjuk perasaan dari ahli parlimen pembangkang, Takiyuddin mengatakan keputusan telah dibuat pada 21 Julai lalu, yang bertepatan dengan mesyuarat kabinet terakhir.