Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak? soal Pas

Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak? soal Pas

 

 

 

 

 

 

Pas percaya tindakan flip-flop (dolak-dalik) dalam keputusan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh  dan pembekuan pengambilan warga asing secara total besar kemungkinan hanya  taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama pada Pihanraya Negeri (PRN)  Sarawak kelak. 

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Pas percaya tindakan flip-flop (dolak dalik)  dalam keputusan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh  dan pembekuan pengambilan warga asing secara total besar kemungkinan hanya  taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama pada Pihanraya Negeri (PRN)  Sarawak kelak.

Timbalan Presidennya Datuk  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak.

“Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang menyelebungi rakyat Sarawak.

“Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur, warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing. Tetapi, betulkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan?

“Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu.” ujarnya.

Pada Jumaat kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.

TAGS