Pembela UIA…

Pembela UIA…

Aku mungkin agak bias dan sentimental.

Ah biarlah, memang aku bias dan sentimental.

Ini yang terakhir aku akan melabun fasal Presiden baharu UIA. Sudah ada desakan agar Dr Maszlee berundur, kerajaan pun sedang mengkaji.

Aku harap jangan diubah pelantikan itu. Kekalkan Dr Maszlee sebagai Presiden UIA.

Mungkin engagement aku dengan UIA ni ditakdirkan agak lama dan mendalam berbanding orang lain.

Bukan saja aku 4 kali ambik skrol masa konvo, isteri aku, abang ipar aku (dan isteri dia), adik ipar aku, semua belajar kat UIA. Ayah mentua aku pun mengajar kat UIA. Dan aku pun pernah mengajar kat UIA.

Nak kata tak banyak, sikit, tapi banyak jugaklah aku faham masalah UIA ni.

Dan masa kerja ni pun aku masih berhubung dengan UIA dalam soal nak tolong students dari segi kewangan, bagi projek dan lain-lain.

Sebagaimana kebanyakan alumni UIA lain yang tak kisah sangat atau ambik tau sikit-sikit je pasal UIA (ada yang tak kisah langsung), itu terpulanglah, hidup masing-masing..

Tak ada siapa-siapa paksa kita kena ambik tahu pasal UIA atau tak..nak melingkup ke, nak terbalik ke, UIA tak pernah kacau hidup kita..

Rata-rata lepas keluar UIA, majoriti tak kisah pun apa jadi dengan welfare budak-budak, pasal admin, pasal lecturers, pasal kualiti, which is fine. Yalah kita pun banyak hal lain nak fikir kan? Bak kata Pok Ya kalu serumo aku nok caro baik aku jadi menteri.

Hatta bertukar rektor baharu ni pun tak ada siapa kisah. Jangan tipulah, aku tahu siapa yang concern siapa yang tidak.

Siapa Tan Sri Dzul, kenapa Tan Sri Dzul, tak ramai yang peduli, which is still fine. Berapa ramai calon rektor yang Menteri sendiri call secara peribadi, pujuk, rayu, tolonglah jadi rektor, mereka tolak sebab tak sanggup.

Ya, tak sanggup. Kenapa tak sanggup? Well, welcome to IIUM. Tempat lain orang melutut nak jadi Naib Canselor, kat UIA orang tak sanggup.

Akhirnya Tan Sri Dzul sanggup jadi rektor.

Apa yang Tan Sri Dzul cakap masa first townhall dia kat UIA, tak ada siapa heran, which is fine. Kalau siapa yang follow ucapan dia masa tu, straight away akan faham kenapa UIA perlu berpresidenkan seorang Menteri Pendidikan.

Melainkan kalau orang tu benak dan tak mampu nak faham, that’s a different story. Again, lamb kabsah sepinggan.

Tiba-tiba Dr Maszlee jadi Presiden, entah datang dari perdu buluh mana makhluk-makhluk ni pakat menggelinjat belaka. Yang alumni UIA yang kita tahu for all intents and purposes tak pernah kisah dan even tak pernah associate diri dia dengan UIA selama ni pun tiba-tiba meloncat conflict of interest kaffala bana.

How sickening. Ini kalau kita tanya kampus CFS sekarang ada kat mana silap-silap dia jawab “UIA PJ la, mana lagi?”, atau mungkin lebih tragis “Kat Nilai la kan?

Orang macam Adun Kampung Tunku, amoi DAP lulusan universiti Hong Kong tu, atau semisal Sivarasa Rasiah dan Zunar, aku rasa diorang ni tak pernah jejak kaki kat UIA pun.

Jadi kata-kata mereka hanya setakat orang politik mencirit hal politik. Manifesto my foot. Sakit pening UIA selama ni mereka tak pernah ambik tahu pun. Tapi tak kisahlah, yang penting aku tak setuju, aku tak setuju, aku tak setuju.

Mujurnya ramai orang-orang lama UIA, bekas-bekas Timbalan Rektor, bekas Dekan, bekas Timbalan Dekan, bekas Presiden SRC, sudi melontarkan sokongan. Sokong bukanlah kerana seronok sangat tapi buat masa ini di ketika ini, itulah yang termampu dan terbaik untuk dibuat.

ASA dan pengurusan tertinggi UIA pun setuju. Takkan kita yang entah siapa-siapa ni lebih faham masalah UIA dari mereka? Adakah kita lebih sayang UIA berbanding mereka? Apa buktinya? Aaah aku tak peduli semua tu, yang penting aku tak setuju.

Didendangkan kenyataan Dr Maszlee sebelum ini bahawa tidak akan ada campur tangan politik di universiti. Ya, betullah tidak ada campur tangan politik. Mana campur tangan politiknya? Tak ada pun (lagi). Dan campur tangan politik yang bagaimana?

Yang menguntungkan kerjaya politik Dr Maszlee atau memberi projek kepada suku-sakatnya? Bila? Pun tak ada. Apa kita ingat dia, Anwar, Mahathir, semuanya pakat-pakat nak hancurkan UIA yang mereka bina selama ni? Kita yang orang tepi-tepi jalan ni pulak yang kononnya sayang UIA, apa yang kita dah buat selama ni untuk UIA?

Jadi benda tak ada (atau belum ada) janganlah disangka-sangka ada. Buaya timbul disangkalah mati.

Aaaah aku tak setuju, faham tak aku tak setuju?

Sekurang-kurangnya mereka cuba untuk selamatkan UIA. Kita ni yang kononnya sayang UIA, di mana suaranya sebelum ini? Tak dengar pun, bukan peduli pun. Takkan aku nak sebut nama sorang-sorang. Berapa kali balik UIA, berapa kali tanya khabar?

Jadi tak payahlah pura-pura sayang UIA atau kononnya hendakkan kebebasan akademik. Yang aku pelik pensyarah universiti lain pulak yang kritik. Heh sejak bila kau jadi pensyarah UIA?

Kalau tidak mampu bersetuju sekurang-kurangnya cubalah beri pengertian. Cubalah beri peluang. Kalau betul-betul kita sayangkan UIA.

Bagilah sepenggal dulu tengok. Kalau betul punah-ranah 5 tahun lagi tukar balik. Kita kan dah ada pengalaman tukar pemerintah. Di tengah-tengah tu kita masih boleh berdemo.

COMMENTS

Wordpress (0)