Pembuangan undi PRK Dun Balakong, Seri Setia hari ini

Pembuangan undi PRK Dun Balakong, Seri Setia hari ini

Seramai 62,188 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong dan 50,722 pengundi Dun Seri Setia akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

PRK N27 Balakong dan PRK N32 Seri Setia diadakan serentak susulan kematian penyandangnya mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai kerana kemalangan jalan raya dan Allahyarham Dr Shaharuddin Baharuddin kerana menghidap kanser limfoma pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sebanyak 70 peratus yang akan keluar mengundi pada PRK Balakong dan Seri Setia yang akan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang nanti.

Pengundi dinasihati supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir walaupun tempoh waktu mengundi telah dilanjutkan.

Bagi Dun Balakong sebanyak 6 pusat mengundi dengan 129 saluran manakala Dun Seri Setia sebanyak 18 pusat mengundi dengan 115 saluran disediakan.

Pada 4 September lalu seramai 2,801 pengundi awal bagi PRK Balakong dan Seri Setia telah mengundi awal.

Mengikut statistik SPR, 31 daripadanya adalah pengundi awal bagi Dun Balakong manakala 2,770 lagi adalah bagi kawasan Dun Seri Setia.

PRK Balakong dan Seri Setia diadakan serentak merupakan PRK kedua selepas PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu yang memberikan kemenangan kepada calon PH Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

PRK N27 Balakong akan menyaksikan calon PH Wong Siew Ki akan berentap dengan calon MCA Tan Chee Teong.

Manakala PRK N32 Seri Setia akan menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar dan calon Pas, Dr Halimah Ali.

Pada PRK ‘berkembar’ kali ini buat pertama kali Pakatan Harapan mengunakan logo¬† ‘Harapan’ dan di Balakong BN pertama kali mengunakan logo parti komponen MCA.

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote