Pembukaan stesen minyak mini di LPT 2 legakan pengguna

Pembukaan stesen minyak mini di LPT 2 legakan pengguna

Pembukaan stesen minyak mini di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di pusat rehat dan rawat Kijal sempena Aidil Fitri kali ini melegakan pengguna lebuhraya itu.

Pembukaan stesen mini Petron di kedua-dua belah R & R Kijal itu benar-benar melegakan mereka kerana selama ini pengguna LPT 2 terpaksa keluar ke jalan lama yang agak jauh untuk mengisi petrol.

Walaupun hanya satu pam sahaja yang disediakan, ia lebih dari mencukupi buat masa ini.

Namun, oleh kerana ia masih baharu dan tidak diketahui oleh pengguna LPT 2 itu, sambutan terhadapnya tidaklah menggalakkan.

Ramai pengguna mengisi minyak penuh tangki sebelum memasuki lebuhraya itu berdasarkan pengalaman lama mereka.

Seorang pengguna, Yusof Ishak, 56, yang membeli minyak di situ berkata, ia satu yang amat melegakan.

“Biasanya saya mengisi minyak dengan tangki penuh di Gambang, Kuantan sebelum masuk LPT 2 kerana pengalaman saya sebelum ini hampir kekeringan minyak dan terpaksa keluar 15 km keluar lebuh raya untuk mengisi minyak,” katanya ketika di temui di R & R Kijal itu.

Beliau berharap selepas stesen minyak, LPT 2 perlu menyelesaikan masalah jalannya yang tidak rata pula.

“LPT 2 juga terkenal dengan lebuhraya maut kerana ramai sangat yang mati kemalangan di sini akibat dari jalan yang lurus tetapi tiba-tiba tidak rata,” kata Yusof.

COMMENTS

Wordpress (0)