Pembunuhan 16 warga Palestin dikecam

16 rakyat Palestin terbuunuh dalam tunjuk perasaan anti Israel di Gaza.

PKR mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan 16 orang warga Palestin oleh askar Israel di Gaza semalam ketika tunjuk perasaan di sana.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail berkata, pembunuhan oleh rejim Zionis ini menimbulkan kemarahan bukan sahaja umat Islam malah juga masyarakat antarabangsa lainnya seperti yang disaksikan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gueterez.

“Saya difahamkan 17,000 warga Palestin menunjuk perasaan di beberapa kawasan sekitar Gaza, tetapi mereka diserang sehingga mengakibatkan beratus tercedera selain kematian yang dinyatakan tadi,” katanya.

Sebagai anggota PBB dan OIC, katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen, Malaysia perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam menyelar tindakan rejim Israel ini.

“Selain menggesa siasatan bebas dan terbuka ke atas kejadian ini, saya menggesa Kerajaan Malaysia menghentikan serta menyekat sebarang aktiviti perdagangan dengan negara Israel secara langsung mahupun tidak,” katanya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote