Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pembunuhan Qasem Sulaimani: Tindakan si pengecut dan peringatan buat ummah
Komander tentera Iran, Qasem Sulaimani.

Pembunuhan Qasem Sulaimani: Tindakan si pengecut dan peringatan buat ummah

MOHD NASAIE ISMAILJanuary 3, 2020 8:09 pm




ULASAN:  Hari ini, tanggal 3 Januari 2020 adalah hari kegembiraan kepada Donald Trump dan Benjamin Netanyahu berikutan terbunuhnya salah seorang Komander tentera Iran, Qasem Sulaimani. Pembunuhan yang dirancang Amerika Syarikat dalam satu serangan peluru berpandu terhadap kenderaan yang dinaiki beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, Iraq.

Bagi Amerika Syarikat dan Israel, ia satu pembunuhan individu penting yang telah menjayakan operasi-operasi ketenteraan strategik Iran sejak berjayanya Revolusi Iran 1979. Qasim yang terlibat dalam ketenteraan Iran pernah memimpin beberapa divisyen sejak perang Iraq-Iran 1980 hingga 1988 dan sehinggalah mengetuai pasukan elit tentera Iran yang terkenal dengan nama Tentera Pengawal Revolusi.

Ini sekali lagi merupakan sejarah yang berulang. 15 tahun yang lalu, pemimpin pemimpin Amerika dan Israel merayakan kejayaan mereka membunuh pengasas Pergerakan Hamas Palestin, Sheikh Ahmad Yasin pada 22 Mac 2004 di Gaza City, Palestin. Ahmad Yasin yang berkerusi roda sejak berusia 12 tahun dan matanya hampir-hampir buta mengasaskan Pergerakan Hamas pada tahun 80-an bagi memperjuangkan kemerdekaan Palestin yang dijajah dengan rakus oleh Israel. Walaupun beliau hanya berkerusi roda, namun ketakutan Amerika dan sekutunya Israel menyebabkan mereka membunuh beliau selepas solat subuh apabila keretanya ditembak Israel menggunakan peluru berpandu daripada pesawat Apache.

Sejurus selepas itu Hamas mengumumkan Dr Abdul Aziz Rantisi menggantikan tempat Sheikh Ahmad Yasin sebagai Ketua Hamas. Namun tidak sampai satu bulan, pada tanggal 17 April 2004, Rantisi terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu Israel ketika beliau berada di dalam kereta di bandar Gaza. Turut terbunuh dua anaknya dan beberapa pengikutnya yang lain turut cedera. Selepas itu Hamas tidak mengistiharkan lagi siapakah ketua baru mereka. Di awal tahun 1992, Abbas Musawi, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama Hizbullah, Lubnan telah dibunuh menggunakan modus operandi yang sama iaitu kereta dinaikinya ditembak daripada Helikopter Israel di Selatan Lubnan. Abbas terbunuh bersama isteri dan anaknya yang berusia lima tahun.

. Keempat empat kes ini menunjukkan sikap dan ketakutan Amerika terhadap individu yang mengancam kedudukan sekutu mereka Israel yang menduduki tanah Palestin secara haram. Amerika tidak mengenal mazhab sama ada Sunni sebagaimana Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Aziz Rantisi, ataupun bermazhab Syiah seperti Abbas Musawi dan Janeral Qasim Sulaimani yang dibunuh hari ini. Bahkan mereka menunjukkan sikap penakut mereka apabila membunuh musuh bukan di medan perang dan ketika lawan tidak bersenjata.

Pemimpin dunia Islam khususnya di negara Arab yang hari ini sangat intim hubungannya dengan Amerika dan Israel wajar mengambil pengajaran dari siri-siri pembunuhan ini. Jangan sehingga sanggup mengkhianati saudara seagama dan sebangsa dengan mereka di Palestin.

*Penulis adalah Pegawai Khas Presiden AMANAH

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production