Sebarang ulasan, gesaan dan kritikan Washington dalam isu pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Al Akleh tidak boleh diterima kerana bersifat munafik.
Dalam bahasa kalangan rakyat Malaysia ulasan bersifat “Poyo” (Perangai Orang Yang Over). Dalam isu Palestin, Washington perlu cermin diri dan menilai semula sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap Isreal, itu pun jika AS dan kepimpinannya berani berbuat demikian.
Bahkan selepas pembunuhan wartawan Al Jazeera tersebut, berbilion dolar bantuan AS melimpah masuk ke kantung Isreal. Oleh itu kenyataan mana-mana wakil AS tidak boleh dipakait!
Gesaan Jabatan Negara AS supaya suatu siasatan mendalam dilakukan ke atas seorang warga negaranya itu yang ditembak mati jika terbukti pun ia tidak akan membawa kepada impak ke atas Tel Aviv.
AS juga memang telah terpalit dalam keserabutan perlanggaran hak asasi di serata dunia, apa yang dihairankan dengan apa yang berlaku ke atas Israel baru-baru ini.
Adalah sesuatu yang pelik, kemunafikan totok atau boleh saya bergelak tertawa, dengan lawak AS ini apabila menggesa kepada siasatan dilakukan. Seperti yang dinyatakan AS harus cerminkan dirinya dahulu.

Presiden AS Joe Biden telah mengulangi tidak akan mengurangkan sebarang jumlah bantuan kepada AS yang berjumlah AS3.8 bilion setahun.
Jika tidak salah saya Shireen adalah warga AS kedua yang dibunuh pada tahun ini, pertama lelaki berusia 78 tahun bernama Omar Assad mati dalam tahana di Tebing Barat pada Januari lepas.
Ini bermakna AS juga seolah-olah mendiskriminasikan warga daripada kalangan Amerika berketurunan Palestin
Walaupun wakil AS di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan beliau benar-benar tertekan dengan kematian Shireen itu tetapi menjelaskan di PBB bahawa melindungi Israel daripada kritikan adalajh keutamaannya.
Israel adalah sekutu utama AS di Timur Tengah sejak lama dahulu bahkan kesemua Presiden dan ahli politiknya daripada kedua parti utama, Republikan dan Demokrat memberikan komitmen mendalam melebihi daripada rakyatnya sendiri.
Sebagai tambahan kepada bantuan tahunan yang diterima, bantuan tambahan sejumlah AS1 bilion juga diberikan untuk pembangunan sistem pertahanan peluru berpandu Dome selepas konflik Gaza pada Maei 2021.
Adakah Washington akan memberikan perhatian serius kepada pembunuhan wartawan Al Jazeera dan isu lain seperti penceroborohan peneroka haram di Tebinng Barat dan serangan mereka ke atas Gaza.
Tentulah Washington tidak akan bersikap objektif dan adil dalam isu konflik di Palestin ini. Oleh itu jangan berharap untuk AS bersikap objektif dalam sebarang yang tercetus berkaitan dengan Paletin dan Isreal.
Semasa menjadi calon Presiden pada 2020, Biden menolak sebagai syarat dalam pemberian kepada Israel. Selepas menjadi Presiden, timbalannya Kamala Harris berikrar bahawa bantuan tidak akan dihadkan walaupun apapun keadaannya. Pendirian sokongan dunia akhirat AS ke atas Israel akan kekal selama belum kiamat.
Dalam sebarang isu pelanggaran hak asasi atau pembunuhan kejam, AS berdiri di belakang Israel dengan sokongan padu melebihi 120 peratus.