Pemerhati Sri Lanka setuju PH ikuti Piagam Madinah

Pemerhati Sri Lanka setuju PH ikuti Piagam Madinah

Ahli Parlimen Sri Lanka Muslim Progress  Seyed Ali Zahir Moulana  akan menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang mampu membawa isu kesederhanaan kaum dan agama dalam sistem pentadbiran negara di rantau Asia ini.

Justeru beliau berkeyakinan jika pembangkang terus mengekalkan model negara Islam menepati Piagam Madinah sekiranya mengambil alih kerajaan kelak, semua rakyat pelbagai kaum dan agama akan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Harapan.

“Saya telah mengikuti lama perkembangan Malaysia terutama bagaimana negara ini mampu mengekalkan secara harmoni antara kaum dan agama.

“Mungkin ia dilihat mudah kerana negara anda majoriti Islam berbanding di Sri Lanka yang mana masyarakat Islam adalah minoriti di sana.

“Saya melihat AMANAH sebuah parti baharu dan saya juga telah mengenali presiden (Mohamad Sabu) dan telah menjemput saya menghadiri konvensyen partinya.

“Saya gembira dengan ucapan dasarnya sebentar tadi kerana setelah menelitinya dalam bahasa Inggeris saya dapati beliau menjadikan Islam yang terkandung dalam Al-Quran itu menjadi amalan parti,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu dalam ucapan dasarnya ada menyentuh mengenai ‘kontrak sosial’ yang disebut sebagai ‘Sahifah Madinah’ (Piagam Madinah) yang berperanan sebagai sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah.

Sayed Ali juga berkata, pemimpin Islam wajar mengekalkan Piagam Madinah sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah saw ketika mentadbir sebuah negara.

“Melalui Piagam Madinah ini pemimpin boleh pelajari banyak perkara untuk mengekalkan keamanan antara kaum dan agama,keadilan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara.

“Kita tidak boleh mengelak cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia dan Sri Lanka, malah banyak negara Islam lain, tetapi saya mahu jadikan Malaysia sebagai pedoman terhadap sistem pemerintahan kerajaan Sri Lanka di masa hadapan,” ujarnya.

Ditanya tentang agenda besar Pakatan Harapan adalah untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan sedia ada kepada sebuah pemerintahan baharu, beliau optimis berkata, harapan itu diletakkan terlalu besar kepada kepimpinan Pakatan Harapan di bawah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di Sri Lanka kami bekerjasama dengan kerajaan sedia ada untuk melakukan reformasi terhadap sistem perundangan, pilihan raya dan kesejahteraan rakyat dalam pelbagai sektor.

“Tetapi di sini (Malaysia) desakan kepada rakyat adalah untuk menukar kerajaan.

“Apa yang utama adalah mereka (Pakatan Harapan) mahu semua rakyat mendapat keadilan daripada pemerintah hari ini. Itu satu perjuangan.

“Saya juga berasa gembira dengan bekas perdana menteri Malaysia yang mahukan negara ini lebih sukses dan maju dari segi ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Sehingga harapan kepada beliau untuk menangani kepincangan berlaku dalam pemerintahan kerajaan hari ini dan menukarnya kepada kerajaan baharu.

“Semua hasrat itu memerlukan sokongan yang padu untuk merubah keadaan ia bergantung kepada sesebuah negara.

“Apa yang saya fahami rakyat negara ini memperkatakan tentang isu GST, kos sara hidup dan menjaga imej Malaysia di arena antarabangsa sangat baik, ia perlulah dikekalkan dan dipulihkan,” ujarnya tanpa mahu mengulas lanjut berkaitan dengan isu politik Malaysia.

Hari ini turut hadir sebagai pemerhati Konvensyen Nasional AMANAH 2017 adalah dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Deklarasi Rakyat, IKRAM dan Parti Pembangunan Indonesia.

7.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS