Malaysia Dateline

Pemerkasaan agenda bumiputera sebagai dasar teras kerajaan PH

Pemerkasaan agenda bumiputera baharu dicadangkan agar menjadi Dasar Teras kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata, ini (dasar teras) untuk membuktikan kepada orang Melayu akan lebih terjamin di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan pencapaian orang Melayu yang masih rendah dalam pelbagai bidang antara cabaran Bersatu.

“Sebagai sebuah parti pribumi, Bersatu adalah satu-satunya parti di dalam Pakatan Harapan yang menggalas tanggungajawab memperjuangkan nasib orang
Melayu dan Bumiputera tanpa mengenepikan hak kaum-kaum lain.

“Misalnya, 74% daripada kumpulan B40, iaitu yang berpendapatan isirumah bawah RM4,360 sebulan adalah orang Melayu dan Bumiputera. Merekaini yang terdiri daripada petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga, pekerja dan buruh bertanyakan apa yang boleh kerajaan tawarkan kepada mereka?

“Adakah kehidupan mereka akan menjadi lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan atau sebaliknya?,”soalnya ketika menyampaikan ucaptama dan meerasmikan  Persidangan Tahunan Srikandi dan Armada di  Pusat  Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya malam ini.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan ini juga berkata,Bersatu akanmemperjuangkan satu dasar Agenda Bumiputera baharu yang akan benar-benar dapat memajukan orang Melayu dan Bumiputera seluruhnya.

“Saya akan mencadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar Agenda Bumiputera dijadikan Dasar Teras Pakatan Harapan dan diterima oleh kabinet untuk dilaksanakan sebagai satu Agenda Nasional.

“Agenda Bumiputera yang baharu ini akan berasaskan konsepperkongsian kemakmuran bersama yang saksama(equitable sharedprosperity).

“Menerusi kerangka baharu ini, semua rakyat akan dapat menikmatikemakmuran negara secara bersama di mana tidak ada mana-mana kumpulanrakyat yang ketinggalan.

“Kejayaan ekonomi tidak lagi akan diukurberasaskan kadar pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah peningkatan kuasa beli rakyat secara menyeluruh dan penghapusan jurang pendapatan antara kaum, kelas dan wilayah,” ujarnya dihadapan 1600 perkawakilan Srikandi dan Armada ini.

Sebahagian daripada perwakilan Srikandi yang hadir pada majlis perasmian sayap parti itu malam ini yang dirasmikan oleh Presdien Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau lagi, tumpuan dasar baharu ini ialah untuk mewujudkan kesamaan hasil (equal outcome) dan bukannya menyediakan kesamaan peluang (equalopportunities) semata-mata. Kesamaan peluang yang tidak membuahkan kesamaan hasil bukanlah satu dasar yang adil.

“Sebagai contoh, jika saudara mempunyai wang sebanyak RM10 dan rakan saudara mempunyai RM100 dan kedua-duanya diberikan peluang yang sama rata untuk menggandakan wang dengan masing-masing memperolehi 10% keuntungan. Hasilnya, saudara akan memperolehi keuntungan sebanyak RM1 dan rakan saudara RM10.

“Begitu juga jika kedua-duanya memperolehi keuntungan sebanyak 100%. Pendapatan saudara akan meningkat kepada RM20 dan rakan saudara RM200.
“Ini kerana saudara bermula dengan pendapatan yang rendah. Justeru, jika tumpuan hanya diberikan kepada menyediakan kesamaan peluang dan bukannya kesamaan hasil, lama-kelamaan jurang kekayaan antara saudara dan rakan saudara akan terus melebar

“Ini bermakna, orang Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi mesti dibantu menerusi pelaksanaan satu dasar Agenda Bumiputerayang baharu untuk membolehkan mereka menikmati kemakmuran negara inisecara saksama. Ini termasuk usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi mereka dari segi peningkatan pendapatan isirumah, kemajuan dalam bidang kerjaya  kenaikan dalam kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset. Antara indikator keberhasilan dasar iini,” ujarnya.