Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas Umno yang bersih boleh bertanding, kata Mahathir

Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas Umno yang bersih boleh bertanding, kata Mahathir

BernamaJanuary 14, 2020 7:35 am




Sesiapa juga ahli dari bekas Umno boleh mencuba nasib dalam pemilihan julung kali parti Bersatu pada bulan hadapan, tetapi ia hanya jika mereka bebas daripada “perbuatan jenayah“, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Mengikut peraturan mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.

”Pada umumnya mereka tidak dibenarkan tetapi mungkin ada kes istimewa yang kita akan pertimbangkan,” kata Perdana Menteri selepas melawat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Berhad pada Isnin.

Beliau ditanya bagi mengulas mengenai kemungkinan ahli dari bekas Umno bertanding dalam pemilihan parti itu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sesiapa yang telah menjadi ahli selama setahun atau lebih boleh bertanding.

Pada awalnya, mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian Bersatu akan diadakan mulai 25 Jan hingga 4 April tetapi kini diarah diadakan dari 15 Feb-18 April berikutan beberapa masalah dalam pendaftaran ahli-ahlinya.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, tidak akan ada perubahan berhubung mesyuarat agung tahunan Bersatu, yang dijadual diadakan mulai 26-28 Jun.

Bersatu mempunyai 377,057 ahli dari 2,946 cawangan di seluruh negara.

Ditanya kemungkinan wujudnya calon yang berkempen pada pemilihan termasuk menggunakan elemen hiburan bagi meraih sokongan, Dr Mahathir berkata golongan seperti ini tidak sepatutnya dilayan.

“Mereka yang nak pegang jawatan tentu akan berkempen senyap atau terbuka. Kita nak supaya mereka yang bertanding hendaklah mereka yang betul-betul bersemangat, bukan nampak peluang untuk nampak jadi ketua bahagian, supaya mereka akan jadi calon pada masa hadapan. Orang macam ni kita tak akan beri layanan sama sekali,” tambahnya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal dari Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production