Malaysia Dateline

Pemilihan calon PH perlu berasaskan merit, bukan ikut kuota parti

Saya fikir Pakatan Harapan perlu lebih berani memperkenalkan amalan politik baru yang tidak terikat dengan tradisi politik usang.

Contohnya ialah pemilihan calon-calon dalam pilihanraya. Pembahagian kerusi mengikut kuota parti dalam gabungan politik adalah amalan yang diperkenalkan oleh BN.

Malangnya, gabungan politik pembangkang menerima pakai sistem yang sama. Ini amalan politik usang yang tidak lagi sesuai untuk politik hari ini.

Sepatutnya pemilihan calon-calon dalam pilihanraya tidak perlu terikat dengan kuota parti. Sistem pemilihan calon-calon mengikut kuota parti inilah yang akhirnya menyebabkan ramai calon-calon sampah akhirnya terpilih untuk bertanding dan menang.

Calon menang bukan kerana merit dirinya, tetapi kerana partinya. Calon-calon sepatutnya dipilih berdasarkan merit, bukan berasaskan kuota parti.

Gabungan parti-parti dalam PH perlu bersaing mengemukakan nama calon-calon yang terbaik dari parti masing-masing.

Kemudian setiap calon-calon ini dinilai berdasarkan merit masing untuk bertanding mewakili PH. Ini bagi memastikan kualiti calon yang bakal mewakili PH.

Kerana terlalu ikut kuota partilah akhirnya ‘calon-calon sampah’ terpilih mewakili PH. Bila menang jadi katak. Fikir-fikirkan!