Malaysia Dateline

Pemilihan hakim tilawah dan hafaz Al-Quran dibuat oleh Maqam

Pemilihan barisan hakim bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M dibuat melalui Majlis Al-Quran Malaysia (Maqam) yang terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang turut merupakan ketua hakim bagi majlis tilawah berkata majlis itu yang bersifat jawatankuasa dianggotai 10 orang yang pakar dalam bidang al-Quran, dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Yusof Noor.

“Majlis ini bertanggungjawab memperkasakan bidang berkaitan al-Quran termasuk melatih hakim bagi tilawah al-Quran dan menghantar mereka menjadi hakim acara itu di peringkat antarabangsa serta mengukuhkan bakat qari dan qariah yang berpotensi.

“Kita berharap dapat menetapkan piawaian dalam tilawah al-Quran hingga menjadi standard antarabangsa. Selain itu, ia melatih hakim supaya mempunyai kompetensi tinggi hingga menjadi ikutan kepada negara-negara lain,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata Majlis tilawah dan menghafaz al-Quran itu juga mencatatkan sejarah apabila buat julung kalinya menampilkan seorang wanita dalam barisan hakim sepanjang 60 tahun penganjurannya.

Bekas qariah peringkat antarabangsa pada 1994, Umi Kalthom Mohd Zain, 68, diberi penghormatan menjadi timbalan pengerusi jemaah hakim.

Umi Kalthom ketika ditemui pemberita berkata beliau ditawarkan menjadi hakim kira-kira seminggu sebelum acara itu berlangsung.

“Saya menerima tawaran itu dengan hati terbuka dan menganggap ini sebagai satu cabaran bagi diri saya. Ia juga menjadi  sejarah bagi tilawah ini,” katanya.

Beliau mula menyertai tilawah al-Quran pada 1968 di peringkat daerah Johor Bahru dan peringkat kebangsaan pada 1979.

Mengenai prestasi peserta tilawah al-Quran kali ini, Umi Kalthom berkata beliau yang be