Malaysia Dateline

Menjelang Pemilihan Ketua Armada BERSATU: Syed Saddiq bakal dicabar Muzzammil, Abu Hafiz

Muzzammil Ismail

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan bakal dicabar dua individu pada pemilihan pertama sayap itu yang dijangka berlangsung awal tahun hadapan.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, Pengerusi Perhubungan Antarabangsa Armada BERSATU, Muzzammil Ismail dan Exco Armada Nasional, Abu Hafiz Salleh Hudin disebut-sebut mahu menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Armada.

Muzzammil, 30, merupakan ayah kepada seorang anak manakala Abu Hafiz, 31, masih bujang.

Menurut sumber itu, Muzzammil, yang juga Ketua Angkatan Baru; pasukan yang dilihat wujud bagi mencabar Syed Saddiq sebagai Ketua Armada merangkap Ketua Pemuda PH telah melakukan siri jelajah ke negeri-negeri Pantai Timur melalui hantaran Facebook rasmi mereka.

Abu Hafiz Salleh

Sementara itu, Abu Hafiz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pemikir Biro Strategi dan Dasar parti dikatakan memperoleh sokongan akar umbi.

Pemidato dan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Institut Ibn Qayyim Malaysia itu dilihat mempunyai pengalaman luas memimpin gerakan pembaharuan selain aktif dalam gerakan keagamaan sebelum menyertai BERSATU.

“Sebagai parti yang menjadikan Melayu dan Islam sebagai asasnya, Armada BERSATU bakal lebih kukuh jika individu seperti Ustaz Abu Hafiz berada di tampuk kepimpinan tertinggi saya parti.”

“Berdasarkan rekod, Abu Hafiz juga telah banyak menyumbang dalam usaha melawan ‘naratif menyeleweng’ tentang Islam yang dibuat oleh Pas dan Umno,” kata sumber itu lagi.