Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemilihan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq mahu bertanding secara sihat

Pemilihan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq mahu bertanding secara sihat

BernamaFebruary 10, 2020 7:24 am




 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mahu memperkecilkan mana-mana pihak yang mahu merebut jawatannya sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti, sebaliknya mahu bertanding secara sihat.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau meraikan demokrasi dalam parti, serta mengalu-alukan Ketua Cawangan Armada Seaview Park, Pulau Pinang Razalif Mohd Zain dan Exco Armada Nasional Muhammad Muzzammil Ismail, yang mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan itu.

“Saya tidak akan sesekalipun memperkecilkan mana-mana pihak lawan, kerana saya nak buktikan bahawa pemilihan ini adalah persediaan untuk kita maju ke hadapan, bersatu memperkukuhkan kedudukan parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak antara Mutiara United Football Club dan Liga Akademi Bola Sepak Pulau Pinang (LABPP), di Stadium Universiti Sains Malaysia, pada Ahad.

Semalam, Muhammad Muzammil, 30, yang juga Felo Akademik Universiti Utara Malaysia, menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan, kerana merasakan Armada kini mengalami gelombang penolakan oleh anak muda dan memerlukan barisan pimpinan yang mempunyai hala tuju jelas, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada 26 Jan lepas, Razalif, 30, yang juga seorang penerbit filem, mengumumkan hasrat bertanding jawatan itu bagi memperbaharui barisan Armada.

Syed Saddiq, 28, sebelum ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu.

Ditanya mengenai kritikan Muhammad Muzammil bahawa kepemimpinan yang ada hari ini dikatakan gagal menarik sokongan anak muda sendiri, Syed Saddiq berkata biarlah pertandingan itu berlangsung secara sihat.

“Saya rasa cara yang terbaik untuk saya menjawab adalah untuk bertanding secara sihat, untuk menunjukkan bagaimana setiap calon dapat membangunkan Armada dan memajukannya ke hadapan,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production