Pemilihan PKR : Azmin mendahului 22 bahagian di  Sabah

Pemilihan PKR : Azmin mendahului 22 bahagian di Sabah

Keputusan rasmi di 22 daripada 25 bahagian di Sabah menunjukkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli dengan 1,611 undi.

Keputusan rasmi itu , yang disiarkan di laman rasmi parti, menunjukkan Azmin memperoleh 9,325 undi berbanding 7,714 undi diperoleh Rafizi.

Tiga bahagian di lgi Tawau, Keningau dan Pensiangan masih belum mengumumkan keputusan penuh pemilihan bahagian itu.

Daripada keputusan tidak rasmi di Tawau menunjukkan Azmin mendahului Rafizi sekitar lebih kurang 500 undi pada hari Sabtu.

Bagaimanapun,Ketua Penyelaras Jawatankuasa PKR Sabah Rosli Masaliku berkata kepimpinan pusat mungkin akan membuat pemilihan baharu di Tawau dan Keningau dalam masa seminggu.

Perbalahan yang melibatkan Rafizi dan beberapa ahli PKR dari Selangor di Keningau pada hari Sabtu disalahkan kerana pembatalan keputusan itu.

Tidak jelas mengapa keputusan Tawau juga ditahan.

“Bagi Pensiangan, mungkin ada kesinambungan pemilihan dari hari yang lain kerana terdapat banyak yang datang untuk mengundi tetapi tidak berjaya dilakuka,” kata Rosli.

Beliau berkata jawatankuasa pilihan raya pusat akan memutuskan perkara itu.

“Mesyuarat masih diadakan,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)