Malaysia Dateline

Pemilik kedai gunting rambut, kedai makan di Sibu dikompaun RM10,000 langgar SOP

Dua pemilik kedai gunting rambut dan seorang pengusaha kedai makan di Sibu dikenakan kompaun RM10,000 masing-masing selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19.

Tindakan itu dikenakan dalam satu operasi pemantauan di Bandar Baru Sibu Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang individu yang juga dikenakan kompaun sama ialah wanita berusia 23 tahun kerana tidak memakai pelitup muka.

Beliau berkata, dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang.

Sementara itu, pemilik kedai makan, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Nilai kompaun itu dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.