Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman akhirnya menjawab isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu setelah sekian lama berdiam diri.
Mula timbul setelah beberapa siri pendedahan dibuat pemain, Norizam mengakui bersedia untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji.
Norizam turut mendakwa, tujuannya menahan gaji adalah untuk memberi motivasi kepada pemain supaya berusaha memburu kemenangan.
“Kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak gaji, saya tahan.
“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang, seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih,” katanya.
Terdahulu, satu rakaman suara membabitkan Norizam bersama seorang pemain Kelantan FC tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman itu, Norizam dipercayai menengking dan memarahi seorang pemain yang menuntut beliau agar membayar gaji.
Mula dikongsi oleh penjaga gol Kelantan FC, Farhan Abu Bakar melalui Instagram ‘Story’, rakaman itu kemudian dimuat naik semula di laman TikTok.
Mengulas lanjut, Norizam yang dikenali sebagai Zamsaham itu turut menyeru pasukannya agar memberikan persembahan terbaik pada malam ini.
Beraksi dalam aksi Liga Super, Kelantan FC hari ini dijadualkan bakal menentang Kelantan United di Stadium Sultan Mohammad IV.
Baca juga: Netizen puas hati tengok “pak guard” kunci motosikal polis sebab parkir di petak OKU