Pemilikan Rumah: Rakyat Johor dianaktirikan?

Pemilikan Rumah: Rakyat Johor dianaktirikan?

Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk menurunkan harga rumah bagi warga asing adalah tidak berpatutan dalam keadaan sekarang yang mana cadangan itu juga seolah-olah menganaktirikan rakyat dan membuka peluang kepada warga asing untuk memilik hartanah di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, Kerajaan Negeri Johor perlu mengenal pasti terlebih dahulu permasalahan rumah yang tidak terjual sebelum membuat cadangan seperti itu.

Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly juga berkata, ia bukan suatu langkah yang praktikal untuk mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah dan ia bukan suatu penyelesaian yang terbaik dalam keadaanyang mana rakyat lebih memerlukan rumah berbanding mengutamakan warga asing.

“Kami (AMANAH) berpandangan, Kerajaan Negeri Johor perlulah terlebih dahulu mengenal pasti sebab-sebab utama yang menyumbang kepada berlakunya keadaan unit-unit kediaman yang tidak terjual ini (penawaran melebihi permintaan).

“Persoalannya apakah cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk mengurangkan kadar minimum pemilikkan hartanah warga asing merupakan kaedah penyelesaian yang pratikal dan terbaik kepada isu unit-unit kediaman yang tidak terjual ini?” ujarnya.

Selain itu, Ketua Kawasan Gelang Patah itu juga berkata, harga rumah yang dibina di kawasan bandar terlalu mahal kepada rakyat yang membuatkan penjualan unit rumah, tidak laku adalah punca utama kerana rakyat tidak mampu memilikinya.

Beliau menyambung lagi, selain daripada harga rumah mahal, pelbagai kekangan lain seperti kepayahan untuk membuat pinjaman rumah mengikut pendapatan seisi rumah juga telah mendatangkan masalah kerana pendapatan rakyat tidak setimpal dengan harga rumah yang dikenakan.

“Apa yang berlaku sekarang ini adalah pihak pemaju memberi keutamaan untuk membina rumah kediaman kos mewah berbanding rumah mampu milik bagi memaksimumkan keuntungan mereka dan perkara ini sekaligus meminggirkan rakyat yang mahu mendapatkan rumah.

“Selain itu, permasalahan pinjaman rumah juga turut berlaku. Sebagai contoh daripada laporan Bank Negara Malaysia (BNM), 60% daripada kelulusan pinjaman perumahan baharu yang diluluskan oleh bank adalah untuk pembelian berharga di bawah RM500,000 seunit.

“Di kawasan Skudai atau perumahan yang berlokasi 16 kilometer daripada pusat bandar Johor Bahru harga rumah teres 1 tingkat mencecah RM 300,000 hingga RM 400,000 seunit manakala teres 2 tingkat RM450,000 hingga RM600,000 seunit dan harga yang telah ditawarkan tidak munasabah untuk rakyat mendapatkan rumah apatah lagi jika di tengah bandar.

Dzulkefly yang juga pakar dalam bidang hartanah ini berpendapat bahawa pemilikkan hartanah warga asing ini perlu dikaji semula sebelum pihak kerajaan mencadangkan sesuatu agenda dan akhirnya rakyat akan dianak tirikan sedangkan warga asing dapat membeli hartanah di negara ini secara mudah.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS