Malaysia Dateline

Pemimpin AMANAH, Pemuda Harapan gempur Kuala Terengganu sepanjang hari ini

Selepas turun ke Kelantan, pemimpin Angkatan Muda Pakatan Harapan turun ke Terengganu pula hari ini.

Mereka turun ke Terengganu dalam program Jelajah Angkatan Muda Harapan ke Terengganu dengan tetamu istimewa mereka adalah Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Program ini adalah yang kedua selepas Kelantan, dua buah negeri yang kini ditadbir oleh Pas.

Pada petang tadi, mereka membuat program Open Mic di Pantai Baru Burok, Kuala Terengganu, tempat tumpuan orang ramai untuk bersantai di waktu petang.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menjawab persoalan yang dibawa oleh pemimpin dari tiga negeri dalam Town Hall Zon Timur AMANAH.

Dalam masa yang sama, AMANAH mengadakan sessi Jelajah Townhall 2022 untuk Zon Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) di Kuala Terengganu.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Sallahuddin Ayub mengetuai pimpinan pusat berdialog dengan ahli dan pimpinan AMANAH di ketiga-tiga negeri itu.

Program anjuran Biro Komunikasi AMANAH Nasional bertujuan menyampaikan maklumat terkini dan memastikan strategi komunikasi dapat digerakkan dengan lebih berkesan, kata pihak penganjur dalam facebook AMANAH.

Turut serta adalah Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda, Ketua Wanita Pakatan Harapan Aiman Atirah dan juga Pengarah Komunikasi Khalid Samad.