Malaysia Dateline

Pemimpin AMANAH, Tun M ceria dalam pertemuan

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Pertemuan yang membincangkan perkembangan isu semasa dilihat sebagai satu inisiatif yang positif dari kepimpinan AMANAH untuk merapatkan kembali hubungan dengan Tun M bersama Pakatan Harapan (PH) setelah tragedi “Langkah Sheraton’ yang menumbangkan kerajaan PH yang diterajui oleh Tun M.

“Tun M kelihatan serius dan disulami keceriaan bertemu dengan para pemimpin AMANAH hari ini,” kata Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar yang memuatnaik pertemuan tersebut dalam media sosialnya.

Selain Mahfuz, pemimpin AMANAH yang turut serta dalam pertemuan itu ialah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.