Malaysia Dateline

Pemimpin AMANAH turun ke Shah Alam bantu uruskan bantuan

Walaupun kawasan mereka tidak terlibat dengan banjir, dua ahli Parlimen AMANAH turun ke Shah Alam bagi membantu rakan mereka, Khalid Samad menguruskan masalah banjir di Selangor.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turun ke Shah Alam sejak dua hari lalu.

Salahudin turut membantu menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

Mereka melawat kawasan operasi membantu mangsa banjir termasuk ke Dapur Rakyat yang menyediakan makanan untuk mangsa banjir dan petugas.

“Sebelom turun bertemu mangsa banjir saya bersama pasukan singgah bertemu sukarelawan Dapur Rakyat di Dewan Sek 7 dan Dataran Wak Sek 18.

“Terima kasih Timbalan Presiden Datuk Seri Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar turun membantu.

“InshaAllah kita akan pastikan makanan berkhasiat dan sedap,” kata Khalid Samad menyambut kedatangan dua pemimpin AMANAH itu yang turun membantu beliau menguruskan banjir di Selangor.

Selain Shah Alam, kaswasan yang diwakili Presiden AMANAH, Kota Raja juga turut mengalami masalah banjir.