Pemimpin gerakan Islam Motiur Rahman Nizami digantung pagi tadi

Pemimpin gerakan Islam Motiur Rahman Nizami digantung pagi tadi

Pemimpin utama parti Islam terbesar Bangladesh Jamaat-e-Islami, dihukum gantung sampai mati hari ini selepas didapati bersalah terbabit dalam jenayah perang pada 1971.

Motiur Rahman Nizami, 71, dihukum gantung jam 12.01 pagi tadi waktu tempatan di Penjara Pusat Dhaka selepas Mahkamah Agung Bangladesh menolak rayuan terakhirnya berhubung hukuman mati itu.

Sebelum itu, Mahkamah Jenayah Perang Bangladesh mendapati Motiur Rahman bersalah terhadap tuduhan membunuh, merogol dan mencuri ketika negara itu berperang menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971 ketika beliau mengetuai kumpulan militan.

“Ia adalah satu keputusan bersejarah. Mahkamah memutuskan Motiur Rahman mengetuai militan al-Badr yang terbabit dalam banyak kes jenayah kejam.

“Mahkamah melihat beliau sebagai ulama Islam tetapi telah menyalahtafsir al-Quran,” kata Pendakwa Raya Haider Ali lapor Agency berita antarabangsa.

Kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh Bangladesh sebelum keputusan itu dibuat selepas tindakan sama diambil ke atas beberapa orang kanan Motiur Rahman yang menyebabkan negara itu berada di dalam krisis paling teruk tahun lalu.

Polis tambahan serta pengawal sempadan dikerah mengawal di ibu negara bangladesh dan beberapa bandar utama.

TAGS