Malaysia Dateline

Hu Pang Chaw

Pemimpin gila kuasa hanya tumpu kepentingan peribadi

Pemimpin yang gila pada kuasa disifatkan hanya menekankan kepentingan peribadi, berbanding keutamaan kepada masyarakat dan negara.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Hu Pang Chaw berkata pemimpin-pemimpin golongan itu, mereka hanya mahukan pengikut-pengikut yang tidak setia.

“Pada masa sama, dapat menguasai mereka dengan memberi satu jawatan. Kita tengok macam AMANAH itu sendiri, kami pun tidak sehaluan dengan mereka (Perikatan Nasional).

“Maknanya, ramai lagi masyarakat majmuk dalam negara kita ini yang berpegang kepada pendirian bahawa kepentingan negara dan masyarakat majmuk adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan peribadi.

“Walaupun ada beberapa bukan Melayu dalam barisan kabinet Tan Sri Muhyiddin, itu tidak mencerminkan keadaan sebenar,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai barisan Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan tidak mewakili komposisi masyarakat majmuk di negara ini.