Pemimpin isytihar harta hanya di Pulau Pinang, kata Guan Eng

Pemimpin isytihar harta hanya di Pulau Pinang, kata Guan Eng

PBA Holdings Bhd. (PBAHB) pagi ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (IIK) bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri menyaksikan majlis tandatangan antara Ketua Pegawai Eksekutif PBAHB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diserta Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Pencegahan SPRM, Dato’ Sri Mustafar Ali.

“(Sejak tahun 2008,) Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri dalam sejarah Malaysia selama hampir 60 tahun ini, satu-satunya negeri yang dipuji oleh Transparency International (TI) dalam urus kewangan secara bersih.

“IIK adalah suatu komitmen bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah.

“Kakitangan sesebuah syarikat yang menandatangani IIK bersama SPRM berikrar bahawa mereka tidak akan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah,” jelas Guan Eng yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PBAHB dekat Hotel Jen di sini, pagi ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Lembaga Pengarah PBAHB, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mokhtar Mohd. Jait , Pengarah SPRM Pulau Pinang, Dato’ M. Samarajoo serta beberapa pemimpin Kerajaan Negeri lain.

Ujar Guan Eng lagi, dengan menandatangani IIK ini sekaligus meletakkan PBAHB tersenarai dalam pendaftar CIP di laman Institut Integriti Malaysia dan dikenali sebagai organisasi berintegriti dalam Bursa Saham Malaysia.

Mustafar dalam ucapannya memberitahu bahawa IIK ini bukan ‘kosmetik’.

“Apabila kita bercakap mengenai agenda melawan rasuah, SPRM mesti melakukan reformasi institusi (institutional reform), dan ikrar CIP (Corporate Integrity Pledge) ini tidak wajar dianggap sebagai ‘kosmetik’,” tegas beliau.

Bahkan, beliau merakamkan penghargaan kerana PBAHB merupakan syarikat utiliti air korporat yang pertama di Utara Semenanjung Malaysia, menandatangani IIK bersama-sama SPRM.

Manakala, Jaseni pula memberitahu lebih 50 kakitangan PBAHB mengambil bahagian dalam majlis ini.

Mereka, katanya lagi, termasuk ketua bahagian, pengurus, ahli-ahli lembaga pengarah serta wakil-wakil bagi 20 pembekal terbesar kepada PBAPP.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, ifahamkan, PBAHB dan PBAPP terdiri oleh 1,240 kakitangan.

IKK yang dilafazkan terdiri oleh enam langkah integriti, seperti berikut:

● Melaksanakan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Menteri dan ahli Exco yang diperiksa oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa;

● Melaksanakan tender terbuka secara kompetatif;

● Menghalang ahli keluarga daripada terlibat dalam kontrak-kontrak kerajaan;

● Melindungi pemberi maklumat tulen;

● Menggugurkan pemimpin yang bergaya hidup mewah; dan

● Telus tentang sumbangan dan derma politik.

TAGS