Pemimpin kerajaan perlu elak sentuh sensitiviti kaum, agama

Pemimpin kerajaan perlu elak sentuh sensitiviti kaum, agama

Pemuda AMANAH Kedah menyeru pemimpin dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Ketua Pemuda AMANAH negeri, Ahmad Firdaus Ahmad Shater berpendapat sesetengah pemimpin dalam kerajaan PH terikut-ikut dengan rentak pembangkang.

“Pemimpin-pemimpin parti komponen PH dari semua peringkat perlu kembali ke meja rundingan bagi memperkukuhkan semula ikatan yang telah disepakati sebelum ini.

“Apabila kita berhadapan dengan politik persepsi, menjadi tanggungjawab semua pimpinan PH baik di peringkat bawahan mahupun atasan, lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.