Pemimpin Melayu DAP Pahang kesal sikap ego mufti negeri

Pemimpin Melayu DAP Pahang kesal sikap ego mufti negeri

Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mengkategorikan DAP sebagai ‘kafir harbi’ bertujuan meraih kepentingan politik dan mengalihkan perhatian umum daripada isu-isu semasa, kata Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Adun Mentakab itu juga kesal dengan tindakan melabel yang tidak didasari alasan-alasan kukuh malah tuduhan itu tidak wajar dilemparkan oleh pemuka agama Islam, katanya seperti dilapor Roketkini.

“Sepatutnya beliau tidak bermain politik. Tunggulah tempoh bersara atau letak jawatan baru boleh bersilat dalam gelanggang politik. Jangan guna agama untuk kepentingan politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keengganan Abdul Rahman untuk memohon maaf berhubung isu ‘kafir harbi’ berkenaan setelah beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng memohon supaya mufti berkenaan memohon maaf.

Penggunaan istilah kafir harbi membawa maksud golongan yang memusuhi Islam.

Golongan ini boleh dibunuh dan harta mereka boleh dirampas kerana memerangi Islam.

COMMENTS

Wordpress (0)