Pemimpin negeri turun sambut Tun M di Terengganu

Pemimpin negeri turun sambut Tun M di Terengganu
Pemimpin bergambar dengan para nelayan dan petani di Marang hari ini apabila perdana menteri Tun Dr Mahahthir datang bertemu mereka.

Menteri Besar, Speaker dan ahli Exco kerajaan negeri Terengganu sama-sama turun menyertai pertemuan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para nelayan dan petani di Marang, Terengganu hari ini.

Turut mengiringi Dr Mahathir dalam lawatan sehari ke Terengganu itu adalah Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub.

Dua timbalan menteri dari pusat, Datuk Raja Kamarul Bahrin dan Dr Mohd Radzi Md Jidin turut menyertai Dr Mahathir di Terengganu itu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Speaker Yahaya Ali dan Exco Pertanian Terengganu Dr Azman Ibrahim dan beberapa orang exco lagi adalah antara pemimpin negeri yang hadir bersama Tun Dr Mahathir itu.

Tun Mahathir dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu.

Pagi tadi beliau bertemu dengan pendidik sebelum merasmikan bangunan Bersatu negeri.