Pemimpin Pakatan Harapan, Warisan sertai pelancaran Bersatu, wakil Pas tidak hadir

Pemimpin Pakatan Harapan, Warisan sertai pelancaran Bersatu, wakil Pas tidak hadir


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilancarkan secara rasmi malam ini di Stadium Melawati, Shah Alam dengan kehadiran penuh dari pemimpin Pakatan Harapan di samping Parti Warisan dari Sabah.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilancarkan secara rasmi malam ini di Stadium Melawati, Shah Alam dengan kehadiran penuh dari pemimpin Pakatan Harapan di samping Parti Warisan dari Sabah.

Walaupun Naib Presiden Pas, DKerusi yang disediakan untuk Iskandar, namun beliau tidak hadir.atuk Iskandar Samad dijadualkan hadir dengan adanya kerusi yang disediakan untuk beliau, namun beliau tidak muncul. Hanya ahli parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hadir dengan baju hijaunya.

Keputusan untuk tidak menyertai majlis pelancaran Bersatu dipercayai dibuat di saat akhir iaitu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat petang tadi. 

Kehadiran Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir tepat jam 8.30 malam ini.

Lagu ‘Negara ku’ dan lagu parti berjudul ‘Perjuangan Kita’ dinyanyikan bersama lebih kurang 6,000 hadirin terdiri 165 bahagian seluruh negara.

Turut hadir di kalangan pimpinan Pakatan Harapan di Stadium Melawati, Shah Alam malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang turut kelihatan antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Naib Presiden Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok dan wakil parti Warisan dari Sabah.

Bersatu, parti serpihan Umno ini ditubuhkan pada 9 September 2016 lalu yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Acara akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia disusuli dengan ucapan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan parti Bersatu pada malam ini.

Selepas pelancaran ucaptama akan disampaikan oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mukhriz berucap sebagai pengerusi acara pelancaran.Pengerusi Majlis Pelancaran Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan kehadiran ahli-ahli parti pada malam ini tidak ditaja.

“Semua yang datang malam ini tidak tanpa tajaan, tanpa peruntukan dari ketua. Semuanya atas inisiatif dan perbelanjaan sendiri. Taniah dan syabas. Andalah pejuang kebenaran,” ujarnya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Bersatu malam ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden berkata Bersatu dan Pakatan Harapan kini berada di landasan yang betul.

“Oleh kerana itu kita berjuang dengan nilai yang murni lagi luhur. Sebab itu kita akan menawan hati rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baharu, selain Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua ahli dan rakyat yang cintakan negara  melakukan pengorbanan.

“Jika kita tidak lakukan sesuatu tidak sanggup berkorban kepentingan jangka pendek, goyang kaki sambil harap orang lain untuk selamatkan keadaan.

“Atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak maka itu semua mimpi mat jenin semata-mata.

“Hidup kita makin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa,” ujarnya dalam ucapan itu.

 

TAGS