Pemimpin Pas bebas kuliah di masjid di Selangor

Pemimpin Pas bebas kuliah di masjid di Selangor
Datuk Nassuruddin Daud ditularkan berkuliah di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak sempena himpunan Anti ICERD.

Surat pejabat agama yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Hulu Langat membaca khutbah di Masjid Kampung Rinching Hilir

Ketika pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Harapan dihalang dari memberi kuliah dan khutbah di Masjid di Selangor dengan alasan kepentingan politik, pemimpin Pas bebas berbuat demikian.

Pemimpin Pas dari Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud ditularkan berkuliah di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak sempena himpunan Anti ICERD.

Dalam masa yang sama permohonan untuk membolehkan ahli parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus memberi khutbah di masjid Rinching di dalam kawasan beliau di Hulu Langat di halang oleh Pejabat Agama Daerah.

Permohonan Nazir Masjid Kampung Rinching
untuk menjemput ahli parlimen itu pada 7 Disember telah ditolak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam satu surat bertarikh 6 Disember.

Menurut surat tersebut, Mais telah mengeluarkan pekeliling iaitu larangan menggunakan masjid dan surau negeri Selangor bagi menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan kepentingan politik dan arahan membaca teks khutbah Jumaat terbitan Jais.

“Kerjasama tuan sangatlah diharapkan dapat mematuhi titah DYMM Sultan Selangor serta arahan daripada Mais bagi menjadikan masjid sebagai zon aman, bebas politik, pusat ilmu dan asas penyatuan ummah,” maklum surat tersebut.