Malaysia Dateline

Pemimpin PBB sedih lihat kemusnahan akibat Taufan Hagibis di Jepun

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad berkata beliau sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan teruk akibat Taufan Hagibis di Jepun, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan yang dikeluarkan badan dunia itu.

Sekurang-kurangnya 35 orang maut manakala 17 lagi hilang pada Ahad apabila Hagibis membadai Jepun termasuk kawasan metropolitan Tokyo, yang menyebabkan beberapa sungai melimpah dan memtuskan bekalan elektrik di sejumlah 376,000 rumah.

Dalam satu kenyataan, pemimpin PBB itu mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan serta rakyat Jepun, dan berhadap mereka yang cedera cepat sembuh.

13 Oktober adalah Hari Antarabangsa bagi Pengurangan Risiko Bencana.

Guterres menekankan kepentingan melabur dalam kebingkasan iklim dan memuji peranan kepimpinan penting Jepun dalam bidang ini, seperti yang dibuktikan dalam persediaan yang luas dan cekap untuk keadaan cuaca melampau ini.– BERNAMA