Malaysia Dateline

Pemimpin Pemuda Amanah mungkin direman esok

Peguam Biro Undang-undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim berkata demikian selepas melawat Shazni di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang tadi.

Seksyen 341 merujuk kepada kesalahan “menghalang mana-mana orang dengan salah” dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Alhamdulillah, Shazni sihat dan masih bersemangat untuk tumbangkn rejim Umno-BN.

“Shazni masih belum disoal siasat sejak dia ditahan di Wisma tengah hari tadi. Alasan polis nak kena tunggu saksi (pegawai komunikasi korporat/pengadu) datang IPD bagi keterangan,” ujarnya.

Wan Anwar Wan Ibrahim Beliau yang hadir bersama Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, Shazni akan ditahan di lokap IPD Putrajaya malam ini untuk tujuan siasatan.

“Insha Allah saya akan lawan reman dia esok. Isteri Shazni telah dimaklumkan tentang perkembangan kes,” kata Wan Anwar lagi.

Terdahulu, tiga anggota polis berpakaian preman menahan Shazni di Wisma Amanah Negara di ibu negara kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi walaupun pada mulanya mereka dimaklumkan datang untuk merakam kenyataan.

Beliau ditahan polis susulan daripada protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu berhubung bantahan memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT), 23 Mei lalu.