Malaysia Dateline

Pemimpin Pemuda Pas celupar: AMANAH Kedah buat laporan polis

Keceluparan Ketua Pemuda Pas kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir semasa menyampaikan ceramahnya pada 10 November lalu dengan mendakwa bahawa sesiapa yang mengundi BN dan PH masuk neraka membawa padah.

Selain mengundang kecaman orang ramai, AMANAH Kedah tampil membuat laporan polis.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh menggesa supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap Ketua Pemuda Pas kawasan Sik tersebut.

Menurut Ismail, ucapan tersebut telah menyinggung perasaan umat Islam apabila tuduhan masuk neraka dibuat terhadap siapa sahaja yang mengundi BN dan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Jelasnya, pihak polis harus segera mengambil tindakan terhadap ketua pemuda Pas berkenaan kerana ucapannya telah menimbulkan keresahan kepada umat Islam.

Tegas Dr Ismail lagi, walaupun permohonan maaf telah dibuat, siasatan harus diteruskan kerana ia telah menimbulkan kebimbangan kepada sebahagian besar umat Islam menjelang hari pembuangan undi pada 19 November nanti.

Semalam, Mohd Shahiful telah memohon maaf melalui satu rakaman video berdurasi 34 saat yang disiarkan di Facebook Pemuda Pas Sik.

Baca juga Amalkan baca al-Quran, jangan tinggalkan – Ini pesan Pak Su Mid Kuala Nerang

Baca juga Eh, macam mana tu gula-gula rasa ‘kosong?’