Pemimpin, penjawat awam hadir majlis kesyukuran setahun kerajaan PH

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Pertama Kemenangan Rakyat di Masjid Putra, semalam.

Dr Mahathir tiba pada jam 7 malam dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Turut mewarnai Majlis adalah kehadiran Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan barisan menteri dan timbalan menteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pemangku Imam Besar Masjid Putra, Lukman Mohd Hosni.

Dr Mahathir kemudiannya berbuka puasa bersama para hadirin sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang.

Selesai berbuka, Perdana Menteri bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan meninggalkan perkarangan Masjid jam 8.30 malam.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyambut kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam majlis diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun PH .
(dari kiri) Tun Siti Dr  Hasmah Mohd Ali turut hadir dalam majlis diadakan diiringi Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan beberapa penjawat awam yang turut hadir meraikan majlis kesyukuran yang diadakan di Masjid Putra.
Antara menteri dan timbalan menteri kabinet yang turut hadir dalam majlis diadakan.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan isteri Datin Seri Zuraidah Husin di meja utama pada majlis kesyukuran yang diadakan.
Dikalangan pemimpin PH ketika mengaminkan doa yang dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Datuk Sheikh Ismail Muhammad.