Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemimpin persatuan perubatan sokong langkah Kementerian Kesihatan tangani 2019-nCoV
Kerajaan meluluskan peruntukan untuk menyediakan tambahan 12 alat pengimbas suhu bagi mengekang koronavirus menular dikalangan pelancong asing ke negara ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.

Pemimpin persatuan perubatan sokong langkah Kementerian Kesihatan tangani 2019-nCoV

BernamaJanuary 29, 2020 8:10 am




Beberapa pemimpin dan pakar daripada 14 persatuan perubatan di Malaysia  mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyatakan sokongan kepada Kementerian Kesihatan serta memberi kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap usaha yang dilakukan kementerian dalam melindungi kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan itu mereka turut menggesa rakyat Malaysia supaya bersikap lebih tenang dan munasabah dalam mendepani 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) serta mempercayai maklumat daripada sumber yang boleh diharap dan dipercayai, terutama saluran rasmi Kementerian Kesihatan.

“Kami menggesa supaya rakyat lebih bertanggungjawab dalam media sosial. Menyebarkan khabar angin atau berita palsu adalah menyalahi undang-undang dan akan mengganggu Kementerian Kesihatan dalam memberikan tindak balas kepada kesihatan awam yang lebih penting,” menurut kenyataan itu pada Selasa..

Kenyataan itu turut merujuk kejayaan golongan profesional kesihatan Malaysia dalam melindungi Malaysia ketika wabak Nipah pada tahun 1998, SARS pada 2003, H1N1 pada 2009 dan MERS-CoV pada 2015.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh pakar Sistem Kesihatan dan Polisi, Dr Khor Swee Kheng; Pengasas MERCY Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood; Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Raja Affendi Raja Ali; Presiden Persatuan Pakar-Pakar Kesihatan Awam, Dr Zainal Ariffin Omar; Ketua Akademi Perubatan Malaysia, Prof Dr Rosmawati Mohamed; Presiden Persatuan Perubatan Islam (IMAM), Dr Jeffry Abu Hassan dan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr N.Ganabaskaran.

Selain itu, Pengerusi IKRAM Health Malaysia, Dr Abdul Halim Sibghatullah; Presiden Akademi Pakar Perubatan Keluarga, Prof Dr Mohammad Husni Jamal; Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Amrahi Buang; Presiden Medical Mythbuster Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris; Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid dan Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Mustafa Abd Majid.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production