Pemimpin PH hantar memorandum desak  enam suspek utama disegerakan siasatan

Pemimpin PH hantar memorandum desak enam suspek utama disegerakan siasatan

Pemimpin Pakatan Harapan hari ini telah menghantar memorandum kepada pihak polis di Bukit Aman Kuala Lumpur untuk mendesak polis menjalankan siasatan segera terhadap enam suspek utama terhadap kematian Allahyarham Bill Kayong.

Naib Presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata Pakatan Harapan melalui Amanah, PKR dan DAP mahu pihak polis menyegerakan siasatan demi untuk kepentingan rakyat.

“Walau kejadian jauh di Miri kami ke sana dan hari ini kami harap tangkap 6 suspek dalam kes ini dapat dirungkai.

“Allahyarham Bill anak Kayong @ Mohd Hasbi bangkit membela rakyat yang teraniaya dan kehilangan hak atas tanah adat.

“Allyarham Bill telah menghabiskan usianya untuk mengembalikan tanah rakyat diambil begitu sahaja.

“Dengan itu kami mahukan siasatan yg adil dilakukan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Memorandum itu telah diserahkan kepada pegawai perhubungan korporat di pintu masuk Bukit Aman.

Turut Hadir Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan beberapa pemimpin lain Pakatan Harapan.

COMMENTS

Wordpress (0)