Pemimpin politik, aktivis diganggu panggilan pelik di hari mengundi

Panggilan yang masuk hampir setiap minit di hari mengundi menyusah dan membimbangkan.

 

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia didesak supaya menyiasat dan menghentikan segera gangguan siber yang dibuat terhadap pemimpin politik dan pejuang hak asasi manusia di hari mengundi.

Suaram dalam satu kenyataannya berkata, pemimpin politik dan pemimpin NGO termasuk Suaram diganggu dengan panggilan antarabangsa ke nombor pribadi mereka.

Mereka mula dihubungi seawal 7.50 pagi dengan panggilan dari pelbagai nombor tempatan dan antarabangsa.

Sebelum hari mengundi juga panggilan pelik ini datang bertalu tetapi ia semakin kerap pada hari mengundi.

Apabila diangkat tidak sebarang suara di seberang sana.

“Gangguan ini jelas satu usaha untuk menganggu kerja-kerja pejuang hak asasi manusia dan pemimpin politik di waktu kritikal iaitu hari mengundi ini,” kata Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif Suaram.

 

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote