Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemimpin sayap penyokong BERSATU luar negara dijangka bertanding Exco ARMADA Nasional

Pemimpin sayap penyokong BERSATU luar negara dijangka bertanding Exco ARMADA Nasional

ARIF ATANJanuary 29, 2020 3:45 pm




Kelab Bunga Raya (KBR) merupakan sayap penyokong BERSATU di luar negara.

Naib Presiden Penyelaras, Strategik dan Dasar Kelab Bunga Raya (KBR) – sayap penyokong BERSATU di luar negara, Luqman Hakim Md Zim menempelak Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Abdul Rahman ekoran tindakannya mengheret kelab itu dalam konflik pemilihan sayap pemuda parti itu.

Penuntut di Universiti Kebangsaan Seoul itu berkata, hantaran yang dimuatnaik selepas pertemuan Menteri Belia dan Sukan tersebut dengan cawangan KBR di Jepun mengandungi beberapa tuduhan jahat dengan niat memberi persepsi buruk kepada badan pimpinan Majlis Eksekutif KBR dan kelab itu secara keseluruhan.

Dalam hantaran tersebut, Syed Saddiq memberitahu telah menyalurkan dana lebih RM100,000 untuk aktiviti kelab berkenaan melalui majlis eksekutif KBR, dan dana itu sepatutnya diagih secara adil dan saksama kepada setiap KBR.

“Sebagai Menteri, Syed Saddiq harus perlu peka akan implikasi terhadap kenyataan itu yang membawa maksud parti politik seperti BERSATU ada begitu banyak wang untuk diberi kepada penyokong mereka, yang majoritinya bukanlah ahli parti.

“Tambahan juga, beliau (Syed Saddiq) sudah maklum bahawa matawang majoriti daripada sembilan negara perwakilan KBR adalah lebih tinggi daripada ringgit Malaysia.

“Dana gerak kerja pula sebenarnya bukanlah daripada saluran parti tetapi peruntukan daripada kementerian-kementerian terlibat,” kata Luqman Hakim kepada Malaysia Dateline hari ini.

Menurut sumber dalaman BERSATU, Luqman Hakim Md Zim, 25, dilihat antara calon muda yang bakal bertanding sebagai Exco ARMADA Nasional sempena pemilihan sayap pemuda parti itu yang telah bermula pada 26 Januari lalu di peringkat bahagian dan cawangan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Majlis Eksekutif KBR, Muzzammil Ismail yang juga pencabar Syed Saddiq bagi jawatan Ketua ARMADA Nasional dalam satu hantaran Facebooknya semalam telah mengumumkan pelepasan sementara jawatannya sehingga pemilihan parti itu selesai dan bakal diganti pemangku yang akan diumum dalam masa terdekat.

Luqman Hakim (dua kanan) sebagai pengendali program pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pelajar Malaysia di Korea baru-baru ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production