Salah seorang pemimpin tertinggi Umno dilapor oleh media habaq bahawa PRU-15 perlu diadakan segera kerana kerajaan yang sedia ada bukanlah kerajaan yang sah taraf – not a legitimate government.
Dia juga habaq bahawa dia mahukan pilihanraya segera bukan kerana Umno gilakan kuasa tapi kerana depa nak dapatkan semula mandat rakyat dan betulkan semula keadaan.
Saya tidak pasti adakah pemimpin Umno ini sedar kesan ucapan dia itu atau tidak?
Apabila dia habaq Kerajaan yang ada sekarang ini adalah bukan kerajaan yang sah taraf atau a legitimate government ia ibarat menyamakan Kerajaan ini seperti anak yang dilahirkan di luar nikah yang dipanggil anak tidak sah taraf atau yang lebih kasar lagi adalah anak haram.
Dalam istilah common law depa panggil anak tak sah taraf sebagai Fillius Nullius. Ada masa depa juga habaq anak di luar nikah sebagai “a bastard child”.
Saya tak pasti adakah depa juga panggil kerajaan yang tak sah taraf sebagai “a BASTARD government”? Tak kot?
Bila pemimpin Umno itu habaq depa perlu buat pilihan raya segera bagi nak dapatkan mandat rakyat , saya rasa ianya alasan yang sungguh lucu.
Persoalan berikut timbul dari kenyataan dia tersebut.
Jika anda begitu peka fasal isu perlu mandat rakyat, apa fasal Umno sanggup bersama para pengkhianat mandat rakyat dalam Langkah Sheraton merompak mandat rakyat yang diberikan pada PH ++ untuk menjadi Kerajaan yang sah pada 9/5/2018?
Adakah dia dan Umno fikir sebagai parti yang terlibat merompak mandat rakyat parti Umno dikira sebagai parti yang baik dan boleh dipercayai oleh rakyat?
Sekarang ini dia habaq Kerajaan yang dipimpin oleh PM Umno adalah kerajaan yang tidak sah taraf, adakah logik PM dari Umno yang menerajui negara tiba-tiba adalah PM yang sah taraf juga? Dan kabinet dia juga kabinet sah taraf ?
Dan bila PM yang memimpin Kerajaan yang tak sah taraf pi minta nak bubar parlimen nanti , adakah dia pergi ke istana sebagai PM yang sah taraf mewakili kerajaan yang sah taraf?
Nampak tak kesan domino bila Kerajaan ini bukan Kerajaan yang sah taraf ?
Ini kita belum lagi bincang bagaimana pandangan para negara luar dan para pelabur asing pada Kerajaan tidak sah taraf ni.
Sebelum ini kami dari awal dah habaq kerajaan ini adalah kerajaan pintu belakang yang terbina melalui pengkhianatan rakyat dan imejnya yang begitu negatif.
Selepas itu ada teman parti da dahulu sebut ianya kerajaan tebuk atap dan kini dia pula habaq ianya kerajaan tidak sah taraf.
Terima kasih lah kerana akhirnya mengesahkan apa yang kami laungkan selama ini !
Baca juga: AMANAH Kedah desak projek musang king di Hutan Simpan Gunung Inas dihentikan serta merta
Baca juga: Panjat ‘flyover’ semata-mata nak lihat matahari terbenam, remaja dikecam