Malaysia Dateline

Mohamed Hanipa Maidin

Pemimpin ulama Pas garang tak bertempat, kata Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan pemimpin ulama Pas garang tidak bertempat apabila mempersoalkan Pakatan Harapan terutama AMANAH tidak membuat laporan polis berhubung hantaran menghina Islam di Facebook.

Membidas sikap ulama Pas itu, Hanipa berkata mereka yang tidak membuat laporan polis bukan bermakna tidak sayangkan Islam dan tidak sayangkan Nabi SAW.

“Dalam Kerajaan, mereka boleh buat perkara lain. Contohnya melalui polis di bawah Kerajaan, boleh tangkap dan siasat. Melalui AG, boleh dakwa. Melalui mahkamah, boleh bicara. Melalui penjara boleh sumbat pesalah ke penjara jika mahkamah putuskan mereka yang hina Nabi bersalah dan dihukum penjara,” kata Hanipa.

Malahan katanya, jika ulama Pas tidak boleh membuat laporan polis Pakatan Harapan tidak tergamak menuduh beliau tidak sayangkan Nabi.

“Alahai. Cakap tak bijak, marah nanti. Tapi amat ketara tak bijaknya. Jika kamu tak boleh buat itu semua, kami tak gamak nak tuduh kamu semua tak sayang Nabi.

“Lebih lebih pun kami hanya kata lepas pikul memikul …hidup ni, kamu semua nampak makin garang tak bertempat,” ujarnya.

Beliau difahamkan berkata demikian merujuk kepada Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, bertanya di mana tokoh kanan dalam kerajaan, terutama Amanah, yang tidak muncul membuat aduan polis berhubung berhubung isu pengguna Facebook memuat naik hantaran menghina Islam..

“Mana Mujahid, mana Mat Awang dan mana Ghani Shamsudin? Mana Wan Ji dan mana ustaz-ustaz Ruhama dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Berapa buah balai dah kamu pergi buat report?” soalnya dalam hantaran di Facebook, semalam.