Pemimpin Umno bangsatkan Melayu bukan PH, kata Bersatu

Pemimpin Umno bangsatkan Melayu bukan PH, kata Bersatu

Azmi Alang

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang membangsatkan Melayu disangkal oleh Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tasek Gelugor, Azmi Alang.

Dalam pertemuan semalam beliau berkata, sewajarnya Najib dan pimpinan Umno yang berada dalam kabinet sebelum ini muhasabah diri serta meneropong lebih jauh punca sebenar mereka dinyahkan dari memperolehi kemenangan sekali lagi dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sebenarnya kata Azmi, pimpinan Umno yang lalu tidak pernah menyedari kesalahan serta kepincangan yang telah mereka lakukan sehingga menjadikan Melayu sendiri berada dalam keadaan bangsat sepertimana yang didakwa.

“Umno seharusnya memandang lebih jauh ke hadapan bagaimana untuk mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap mereka yang semakin terhakis.

“Bersatu yang diterajui oleh Tun Mahathir, telah memperlihatkan kemampuan untuk menerajui negeri dan negara bersama-sama dengan komponen dalam PH.

“Dengan kehadiran PH kita tidak membangsatkan Melayu sepertimana yang digembar-gemburkan, sebaliknya usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan segala kebangsatan yang ada semasa pimpinan Umno dan BN dulu dapat dinyahkan secara total, ” tegasnya lagi.

Oleh kerana itu katanya, kabinet yang telah dibentuk oleh kerajaan sepenuhnya semalam mempertontonkan wajah sebenar PH untuk membawa pembaharuan dalam pelbagai aspek.

“Bangsat sebetulnya membawa pengertian tidak dihurmati langsung termasuklah merempat dan tidak lagi dipedulikan serta senantiasa mengharap simpati.

“Kerajaan sedia ada yang telah mendapat mandat dengan majoriti yang besar baru-baru ini sudah pasti tidak akan melepaskan tanggungjawab dan amanah yang diharapkan oleh rakyat.

“Sudah pasti dalam tempoh pemerintahan lima tahun ini, pelbagai pembaharuan dapat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sepertimana yang pernah dilalui oleh Umno dan BN semasa menjadi pemerintah sebelum ini, ” tegasnya.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, makna kedua ‘bangsat’ adalah miskin, suatu keadaan hidup yang melarat, kemelaratan hidup ini akan menyebabkan masyarakat tersebut dihina.

Namun begitu sepertimana yang didakwa oleh Najib baru-baru ini ia membawa pengertian bangsa Melayu sudah tidak punya untung, nasib miskin, hilang kuasa, hilang maruah serta tidak lagi mempunyai masa depan.

9.3
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS