Pemimpin Umno bayangkan Najib akan undur

Zahid bercakap kepada media sebelum menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Pemimpin Umno membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan berundur diri dari menjadi pucuk pimpinan parti itu.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Serti Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini dan akan mengumumkan kedudukannya selepas itu.

Ketika ditanya lagi, apakah Najib akan kekal, Zahid berkata, “dia tidak akan kekal.”

Sejak semalam, tersebar di media bahawa Najib dan keluarga akan meninggalkan negara ini dengan sebuah jet khas.

Namun, hari ini Ketua Pengarah Imigresen mengesahkan, Najib tidak dibenarkan keluar dari negara ini.

Najib juga mengesahkan sekatan dari Imigresen itu dan beliau akan kekal di negara ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyokong desakan Pemuda Umno agar pucuk pimpinan Umno diubah.

“Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa Umno memerlukan kepimpinan baru.

“ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung,” kata Hishamudin menerusi twitternya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote